0

Personaliti TV, Nurnadia Mat Zuber atau Nadia memberitahu dia tidak terburu-buru memikirkan soal kahwin memandang jadual kerja dia dan juga tunangnya kini terlalu padat. Pun begitu gadis berusia 24 tahun ini mengakui sejak mengikat tali pertunangan dengan pemain bola sepak Harimau Muda A iaitu Irfan Fazail, pada akhir Disember lalu, dia semakin mendapat perhatian umum. Nadia merupakan pengantara bagi rancangan sukan Scoreboard yang disiarkan di saluran TV3. Selain, dia juga salah pembaca berita segmen sukan bagi Buletin Utama yang bersiaran setiap hari bermula jam 8-9 malam.

“Saya dan Irfan sebenarnya baru saja bertunang pada 30 Disember lalu. Tak ada apa yang perlu saya sorokan tentang pertunangan ini. Lagipun kami sudah berkawan hampir setahun lebih.

"Mengenai rancangan bernikah pula yang pasti bukan pada tahun ini. Jika ada jodoh, besar kemungkinan tahun 2014 adalah tarikhnya. Kami tak mahu terburu buru dalam melangsungkan perkahwinan kerana masing-masing terikat dengan jadual kerja yang padat”, katanya kepada blog hiburan buahmulut.com.

Nadia dan Irfan mula berkenalan sewaktu membuat liputan mengenai pasukan Harimau Muda di Wisma FAM, setahun yang lalu. Mereka semakin rapat apabila pasukan Harimu Muda A berlatih di slovakia.

"Ramai yang kata saya mengambil kesempatan diatas tugas saya sebagai seorang wartawan untuk memikat dia (Irfan). Tapi bagi saya ini semua adalah sudah jodoh yang telah ditetapkan olehNya", ujar Nadia

Tambahnya lagi, dia tertarik dengan Irfan bukan kerana status Irfan sebagai pemain bola sepak Harimau Muda, tetapi kerana karakternya yang kelakar dan tenang menjadikanya selesa setiap kali bertemu.

 
Nadia dan Irfan sewaktu majlis pertunangan mereka pada 30 Disember 2012.

MD doakan semoga hubungan kalian berkekalan hingga ke akhir hayat. Nak naik pelamin nanti jangan lupa jemput ya...

Post a Comment

 
Top