Dalam laporan juga menyebut Wan Nor Azlin enggan ditemubual dengan alasan tidak perlukan publisiti dalam kerjaya seninya lagi.
"Saya sudah malas nak ditemuramah wartawan sebab mereka pasti hendak bertanya mengenai status saya.
"Saya sekarang ini hendak low-profile saja dan tak perlukan publisiti. Apa yang penting, saya masih menerima tawaran berlakon dan mahu fokus pada kerja lakonan saya," katanya.
Wan Norazlin berkata, dia sudah serik berkongsi kisah peribadinya kepada umum. Sebaliknya, dia mahu memberi keutamaan kepada kerjaya seninya saja.
"Maaf sangat-sangat kerana tidak mahu bercakap soal peribadi. Ini kerana rasanya sudah terlalu banyak cerita hidup saya keluar (dalam media) sebelum ini.
"Saya tidak mahu lagi mencari publisiti dengan bercerita mengenai hal-hal yang tiada kena mengena dengan kerjaya saya sebagai pelakon," katanya.
- mD
Post a Comment