Fizo Omar dan Mawar kini suami isteri
KAJANG - Dengan sekali lafaz, pelakon dan pengacara popular, Wan Hafizol Wan Omar, 28, selamat bernikah dengan gadis pilihannya, Mawar Abdul Karim, 24, yang juga anak sulung kepada pengasas tudung Fareeda, Faridah Zakaria semalam.
Dalam majlis yang berlangsung di kediaman pengantin perempuan di Country Heights di sini, Wan Hafizol yang lebih senang dipanggil Fizo dinikahkan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd. Arif Abdul Samad dengan mas kahwin sebanyak RM506.
"Saya sangat bersyukur kerana sudah sah bergelar suami. Sudah tentu ini merupakan satu permulaan baharu dalam hidup saya dan selepas ini tanggungjawab pastinya akan menjadi lebih besar. -kosmo-
Post a Comment