Pembunuh Pegawai AmBank dicekup sebelum bolos ke Indonesia
KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang pengawal keselamatan warga Indonesia bagi membantu siasatan berhubung kes rompakan dan bunuh pegawai AmBank di Kota Tinggi, Johor semalam.
Pengawal keselamatan dikenali sebagai Ardi Hamza, 37, ditahan pukul 7 pagi di kawasan jeti di Kampung Tanjung Belungkor. Ketika ditahan Ardi dikatakan mahu pulang ke negaranya menaiki bot.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui Twitter rasminya semalam, mengucapkan syabas kepada pasukan Ops Cantas yang berjaya menahan pengawal keselamatan itu dan mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang membantu polis. -kosmo-
Post a Comment