0


MEMILIKI wajah cantik dan tubuh seksi membuatkan Cara Delevingne berjaya menempa nama sebagai model profesional.

Bagaimanapun, wanita berusia 21 tahun itu nampaknya terpaksa memikirkan karier baharu apabila dia berkemungkinan besar akan berhenti daripada dunia peragaan gara-gara penyakit kulit psoriasis yang dialaminya.

Laporan Dailymail menyatakan, penyakit kulit itu jelas kelihatan ketika Cara tampil memperagakan baju di sebuah pertunjukan fesyen di Milan Julai lalu.


"Kate Moss (model) sendiri melihat kaki saya yang kemerah-merahan ketika itu dan dia terus memanggil doktor untuk mengubati kaki saya agar ia tidak kelihatan ketika berada di atas pentas. Namun ia tetap jelas kelihatan,"

"Hal tersebut membuatkan saya ingin beralih ke dunia muzik. Saya mahu berlakon dan menyanyi. Kalau boleh saya mahu melakukan sesuatu yang tidak membuatkan kulit saya 'meledak'," katanya.," ujarnya.

Difahamkan, penyakit psoriasis berpunca daripada alahan dan tekanan yang dialami pesakit. -mstar-

Post a Comment

 
Top