0
 
Barisan Sifu program Bintang 'Mencari Bintang'.

Menyebut nama seperti Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik, Kumpulan Senario (Wahid, Mazlan, Azlee), Raja Azura, Sabri Yunus dan Zizan, Siapa yang tidak kenal dengan barisan penghibur popular ini. Namun populariti mereka tidak akan bertahan selama-lamanya dan kerana itu enam sifu ini kini mula mengatur strategi mencari bakat-bakat yang akan digilap sehingga menjadi bintang berkilauan seperti mereka. Menerusi Bintang Mencari Bintang (BMB), sebuah rancangan program realiti terbaru TV3 yang memperlihatkan kewibawaan barisan sifu terkenal tanah air ini mengilap bakat baru berdasarkan sketsa komedi dan nyanyian.

Menurut Penerbit Eksekutif BMB, Muhamad Sufian Isa, pemilihan enam sifu ini berdasarkan kualiti, pengalaman luas di dalam bidang sketsa dan komedi da nyanyian serta berkaliber sebagai tenaga pengajar. Peranan mereka ialah memberikan tunjuk ajar kepada para peserta berkaitan bidang seni persembahan, sketsa komedi, nyanyian dan memperlegkapkan diri sebagai penghibur.

Sementara itu, Pengurus Besar kumpulan pengurusan jenama TV3, Siti Nurlisia Mohd Nadzri berkata, sebenarnya idea menerbitkan program ini sudah lama timbul.

"Kami pernah adakan ujibakat sekitar tahun 2007 tapi pada ketika itu calon peserta yang ada tidak ramai. Jadi kita fokus pula program realiti hiburan. Lagipun program berkonsep sebegini bukan benda baru bagi TV3. Dulu kita ada Sinaran Pasport Kegemilangan yang diterbitan dari tahun 1994 hingga 2001 dan berjaya melahirkan penghibur seperti Senario dan Saiful Apek.

"Jadi ini masa yang sesuai untuk kita kembali semula dengan program sebegini. Malah peserta yang benar-benar berbakat nanti berpeluang diserap dalam program-program terbitan Media Prima", ulas Siti Nurlisia sekaligus menyangkal dakwaan program ini meniru program realiti lawak sedia ada masa kini.

"Bukan sekadar berlawak tapi mungkin peserta itu boleh berlakon atau rakamkan album. Dan diharap BMB dapat memberi satu kelainan dan lari daripada perbandingan orang ramai, celah Sufian pula.

Untuk sesi ujibakat BMB akan membawa khidmat dua nama besar dalam industri seni tanah air iaitu Fauziah Datuk Ahmad Daud (Ogy) dan Ajai sebagai juri untuk memilih para peserta yang berkelayakkan ke pusingan seterusnya di mana pusingan tersebit akan dinilai oeh keenam-enam Sifu untuk memilih anak didik mereka.

Kriteria peserta BMB yang dicari iaitu berusia 18-28 tahun, lelaki atau perempuan, solo atau berkumpulan tidak melebihi 2 orang dan warganegara Malaysia yang memiliki bakat sketsa komedi dan boleh menyanyi. Jangan lupa bawa kad pengenalan gambar berukuran pasport 4R serta minus one sendiri di sesi ujibakat yang diadakan di lokasi-lokasi berikut:

19 & 20 Januari - AEON Seberang Prai City, Pulau Pinang.
26 & 27 Januari - Centerpoint Kota Kinabalu, Sabah.
2 & 3 Februari - Boulevard Kuching, Sarawak
8 & 9 Februari - Kota Bharu Trade Centre, Kelantan
16 & 17 Februari - Plaza Angsana, Johor Bahru
23 & 24 Februari - AEON AU2 Setiawangsa, Kuala Lumpur.

BMB bakal bersiaran sebanyak 15 epsiod. Setiap seorang Sifu akan mempunyai dua peserta iaitu seorang dari kumpulan A dan seorang kumpulan B. Setiap pasangan Sifu dan peserta akan bersaing antara satu sama lain mengikut kumpulan untuk merangkul gelaran juara sekaligus membawa pulang hadia wang tunai RM200,000 beserta trofi.


- mD

Post a Comment

 
Top