0

Selepas kontroversi dirinya digelarkan sebagai anak derhaka oleh bapanya sendiri, Abdul Latif Ismail seperti yang tersiar dalam sebuah akhbar baru-baru ini, timbul pelbagai tanggapan negatif kepada penyanyi kelahiran YouTube ini. Terkini, Najwa Latif, 17, terpalit lagi dengan satu isu- dia sudah pandai meletakkan harga tertentu (demand) untuk membuat persembahan di mana-mana majlis.

Selain itu, dia juga dikatakan tidak lagi mahu membuat persembahan yang mempunyai bajet kecil di samping meletakkan syarat-syarat tertentu sebelum menerima tawaran yang memerlukan dia membuat persembahan. Turut menjadi isu apabila Najwa juga dikatakan kini sudah mempunyai teman lelaki.

Bercakap kepada akhbar Kosmo!, Najwa menafikan sekeras-kerasnya mengenai dirinya yang didakwa mula demand. Malahan penyanyi yang semakin popular menerusi single Adamu ini berkata, setiap kali diundang untuk membuat persembahan dia akan megikut bajet penganjur. Dia akan berunding dengan pihak berkenaan dan kadangkala walaupun bajet penganjur hanya RM500, dia tetap memenuhi undangan tersebut.

Mengenai kontroversi lain pula, iaitu dakwaan bapanya sendiri dalam sebuah program hiburan baru-baru ini bahawa anda menipu tidak mahu ke sekolah sebaliknya pergi tengok wayang sehingga awal pagi, najwa berkata,

"Tahun 2013 saya mahu buka buku baharu hendak lupakan perkara lepas, ini hal keluarga, saya tidak mahu cerita apa-apa.

"Kalau ada yang melabelkan saya jahat, pada saya jahat adalah subjektif, biarlah apa orang nak cakap, cukup apabila ibu dan ayah saya tahu apa yang berlaku.

Sementara itu menjawab gosip yang mengatakan dia kini sudah mempunyai teman lelaki sekarang, Najwa memberitahu memang dia mempunyai ramai kawan lelaki tetapi tiada yang istimewa. Tambahan ibunya tidak mengalakkannya untuk bercinta memandangkan umurnya masih muda.


- mD

Post a Comment

 
Top