0


BENTUK sisi lengan robot itu.

PENNSYLVANIA, Philadelphia - Empat orang pelajar jurusan kejuruteraan Universiti Pennsylvania mencipta sut robot yang boleh membantu si pemakainya mengangkat barang yang berat.

Pengguna yang memakai lengan itu boleh mengangkat barang yang memiliki berat sehingga 18.14 kilogram.

Para pelajar tersebut menamakan ciptaan itu sebagai Lengan Titan.

Kos untuk menghasilkan lengan itu berharga kurang AS$2,000 (RM6,417) yang jauh lebih murah berbanding produk yang dikeluarkan syarikat-syarikat teknologi.

Syarikat-syarikat tersebut membelanjakan sehingga AS$100,000 (RM320,829) untuk mengeluarkan lengan robot seperti yang dicipta para pelajar itu.

Pakar-pakar robotik berkata, lengan tersebut semakin penting kerana bilangan warga tua semakin meningkat menyebabkan ia boleh digunakan untuk membantu golongan tersebut membuat kerja-kerja rumah. - Agensi

Post a Comment

 
Top