0


SEBUAH dron terbang dekat bangunan ibu pejabat Deutsche Post DHL di Bonn, Jerman kelmarin.

FRANKFURT, Jerman - Syarikat penghantar surat dan bungkusan pos, Deutsche Post DHL menguji sebuah dron di bandar Bonn kelmarin.

Dron itu mungkin digunakan untuk menghantar barang ke kawasan yang sukar untuk kakitangan syarikat tersebut membuat penghantaran.

Dalam ujian itu, dron tersebut membawa kotak mengandungi ubat-ubatan dari sebuah farmasi di bandar Bonn dan menghantarnya ke ibu pejabat Deutsche Post DHL dengan melintasi Sungai Rhine.

Dron yang kelihatan seperti helikopter kawalan jarak jauh itu mampu membawa barang seberat tiga kilogram.

Ujian penerbangan itu memerlukan kelulusan daripada pihak berkuasa penerbangan.

Jurucakap syarikat itu, Thomas Kutsch berkata, penerbangan tersebut dilakukan bagi menguji teknologi dron berkenaan. - AP

Post a Comment

 
Top