0
MAJLIS perkahwinan Rozita dan Zain mendapat perhatian ramai kerana mendapat tajaan mencecah RM13 juta.


KUALA LUMPUR - Pasangan pelakon Rozita Che Wan dan Mohamad Zain Mohd. Saidin yang bakal bernikah esok menyatakan, mereka tidak tertekan dengan cerita yang mengaitkan persiapan perkahwinan mereka yang berkos tinggi.

Rozita, 40, atau lebih mesra disapa Che Ta sebaliknya berkata, pihak yang terus-menerus membangkitkan isu mengenai tajaan perkahwinan yang mencecah RM13 juta mungkin dengki dengan apa yang mereka perolehi.

"Sepatutnya perkara ini tidak perlu dibangkitkan kerana apa yang kami dapat adalah rezeki yang tidak mampu ditolak. Kami sangat berbesar hati kerana ramai yang sudi untuk menaja majlis bersejarah ini.

"Kepada yang suka mengata, rasanya mereka juga pasti tidak akan tolak kalau merasai sendiri situasi yang kami lalui ini. Jadi, tidak perlu rasanya perkara sebegini membuat kami tertekan sehingga mengganggu segala persiapan," tegasnya ketika dihubungi Kosmo! semalam. -kosmo-

Post a Comment

 
Top