0

Pasangan Diraja Duke dan Duchess Of Cambridge, Putera William dan Kate Middleton mengungguli senarai pasangan selebriti dunia yang berbogel yang ingin ditontoni ramai - ini merupakan 'kemenangan' mereka bagi tahun kedua berturut-turut. Putera William dan isterinya yang sedang hamil itu sekaligus telah menewaskan satu lagi pasangan popular, Kim Kardashian (yang juga sedang mengandung) dan Kanye West dalam senarai 'Top 10 Hottest Couples' Celebrity Sex Tapes Wish List'. Senarai tersebut dikeluarkan oleh Vivid Entertainment'- syarikat yang tidak asing lagi sebagai pengedar video lucah selebriti berpengaruh di Hollywood.

Jelas pengasas bersama Vivid Entertainment, Steven Hirsch kepada RadarOnline.com, "Pasangan diraja terbaru itu masih menjadi pilihan utama kami. Hampir setiap yang mereka lalui dan apa saja yang mereka buat akan didokumenkan - kecuali ketika mengadakan hubungan seks.

"Dan tidak dinafi sekiranya pasangan itu mempunyai video seks ia pasti akan mencatatkan jualan paling terbaik antarabangsa. Sementara di belakang mereka adalah Kim Kardashian dan Kanye West. Video pasangan kekasih itu telah mencatat kenaikan yang luar biasa dalam senarai video on demands sejak Kim diberitakan hamil.

Tambah Hirsch, beliau turut mendedahkan beberapa lagi nama pasangan yang telah ramalkan akan memberi saingan kepada pasangan Diraja Britian itu.

“Senarai saya untuk tahun ini, Brad Pitt and Angelina Jolie, Gisele Bundchen dan Tom Brady, Fergie dan suaminya Josh Duhamel, Kristen Stewart dan Robert Pattinson, Khloe Kardashian dan Lamar Odom, Ryan Gosling dan Eva Mendez serta Ellen DeGeneres dan Portia de Rossi.

Brad Pitt dan Angelina Jolie.Brad Pitt dan Angelina Jolie.
Fergie dan Josh Duhamel.Fergie dan Josh Duhamel.

Eva Mendez dan Ryan Gosling.Eva Mendez dan Ryan Gosling.
Kristen Stewart dan Robert PattinsonKristen Stewart dan Robert Pattinson

"Antara pasangan lain ialah Katy Perry and Russell Brand. Walaupun mereka telah bercerai tapi tidak dinafi mereka masih lagi dalam kategori pasangan sensasi. Dan dijamin, peminat video porno teruja mahu menyaksikan mereka 'beraksi'", katanya.

Katy Perry dan Russel Brand.Katy Perry dan Russel Brand.

-mD

Post a Comment

 
Top