"Saya kenal Eina semasa zaman saya menjadi pelakon tambahan lagi dan mungkin sebelum ini keakraban kami orang tidak ambil kisah dan kami selesa dengan persahabatan yang telah terjalin selama tiga tahun.
"Cerita kononnya kami bercinta adalah tidak benar sama sekali dan saya menghormatinya sebagai seorang sahabat," katanya kepada mStar Online.
Gosip cinta mereka berdua mula tersebar sejak digandingan dalam drama bersiri Mimpi Cinderella dan gambar-gambar mesra yang tersebar di Internet baru-baru ini.
"Mungkin juga orang lihat keserasian kami dalam drama itu ditambah dengan gambar kami berdua di luar set penggambaran telah menimbulkan salah faham tetapi hakikatnya kami cuma berkawan baik," ujarnya.
- mD
Post a Comment