0

Sungguhpun bebas dari penjara, bukan bererti Ariel sudah betul-betul bebas dari masalah di masa lalunya. Masih ramai yang tidak suka dengan vokalis kumpulan Noah itu. Dalam sebuah ruangan forum detikhot.com menyatakan masih ramai sebenarnya yang tidak suka dengan vokalis kumpulan Noah itu. Ramai yng masih menyimpan dendam peribadi terhadap penyanyi kelahiran Bandung itu. Bahkan, mantan kekasih Luna Maya itu besar kemungkinan akan sasaran musuh-musuh. Tambah menakutkan, dia diramal mungkin akan mati dibunuh.

Hal itu merupakan ramalan yang diungkapkan Suhu Naga. Menurut pakar psychocybernatic ini, aura yang terpancar dalam diri Ariel selepas keluar dari penjara dilihat gelap.

"Pada saat kejadian video skandal itu, banyak orang yang masih menyimpan dendam terhadap Ariel. Bahkan, saat keluar penjara riak wajahnya redup. Saya rasa akan berlaku satu pembunuhan," ujarnya.

Disebabkan itulah, Suhu Naga menasihatkan agar Ariel berwaspada. Dia juga menyarankan agar mantan suami Sarah Amalia itu tidak mengulangi kesalahannya yang sama - jangan ada skandal lagi.

"Jadi Ariel harus lebih waspada. Lebih baik, jika ia dapat membuat permohonan maaf dan memberitahu yang dia sudah sedar akan kesilapannya selama ini. Lagipun dia bakal berhadapan dengan orang bukan sembarangan juga orang yang kuat," tambahnya.

Kembalinya Noah ke persada memang mendapat respon positif dari peminat muzik bukan saja di Indonesia. Namun, kejayaan Ariel bersama Noah sukar untuk memadamkan kebenciaan sesetengah pihak terhadap dirinya.

"Masih ada yang dendam kepada dia. Dulu Ariel banyak menjalin hubungan dengan wanita. Itu yang masih banyak orang tidak suka," ahli psychocibernati itu lagi.



- malaysiandigest

Post a Comment

 
Top