0


 
Hafiz dipujuk oleh seorang janda (gambar kanan, kredit murai.com.my) agar berkahwin dengannya.

Baru-baru ini penyanyi Hafiz Suip dikatakan telah diserang seorang peminat wanita. Peminat fanatik tersebut difahamkan berstatus janda. Kejadian berlaku ketika penyanyi yang cukup popular dengan lagu Awan Nano itu sedang menunggu untuk sesi temubual bersama satu segmen khas untuk sebuah program di Astro.

Dalam portal murai.com.my menyebut, keadaan jadi lebih huru-hara lagi apabila janda berkenaan telah memujuk rayu Hafiz supaya memilihnya untuk menjadi teman hidupnya di hadapan beberapa krew yang berada di set lokasi penggambaran berkenaan.

Dikatakan janda berkenaan sanggup datang jauh dari Kuantan, Pahang semata-mata ingin bertemu Hafiz kerana sudah lama memendam perasaan terhadap juara Akademi Fantasia 7 itu.

Terkejut bukan kepalang, Hafiz juga khabarnya telah dipaksa supaya menjadi pak sanggup kerana janda berkenaan rupa-rupanya sudah memiliki seorang anak lelaki hasil daripada hubungannya yang lalu.

Mujurlah Hafiz bijak mengawal situasi. Dia sebaliknya meminta janda itu menjelaskan perkara sebenar yang mungkin boleh di bawa berunding tanpa melukakan hati mana-mana pihak.

Bukan janda itu saja, malah khabarnya anak lelaki janda itu juga merupakan peminat tegar Hafiz. Hmm...



- malaysiandigest

Post a Comment

 
Top