Taufan Haiyan jadi ribut tropika di Vietnam
HANOI - Taufan Haiyan melanda utara Vietnam semalam, beberapa hari selepas ia meninggalkan kemusnahan besar di Filipina.
Taufan itu bagaimanapun semakin lemah dan dikategorikan sebagai ribut tropika.
Agensi ramalan cuaca Vietnam menyatakan, Haiyan melanda wilayah Quang Ninh di utara Vietnam pukul 5 pagi sebagai ribut dan bergerak ke selatan China.
Ribut berkenaan dijangka semakin lemah ekoran tekanan rendah.
Tiada kehilangan nyawa atau kerosakan besar dilaporkan di Vietnam setakat ini.
Ribut tersebut dijangka membawa hujan lebat ke wilayah Guangxi dan Hunan di selatan China lewat semalam.
Beberapa pegawai tempatan menasihati nelayan agar tidak turun ke laut dan memberitahu penduduk supaya berwaspada berhubung risiko banjir dan tanah runtuh. - AP
Post a Comment