0


GUAN ENG (kanan) berdiri di hadapan kereta Mercedes-Benz S300L yang menjadi kenderaan rasminya 
di George Town, Pulau Pinang semalam.

GEORGE TOWN – Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang, Datuk Mokhtar Mohd. Jait menjelaskan, kereta Mercedes-Benz S300L berwarna kelabu yang dibeli oleh kerajaan negeri bukan sahaja untuk kegunaan Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang, Lim Guan Eng bahkan akan turut digunakan bakal Ketua Menteri akan datang.

Selain itu, menurut Mokhtar, kereta yang dibeli dengan diskaun pada harga RM298,263.75 itu bukan milik Guan Eng tetapi dimiliki oleh kerajaan negeri.

“Dengan harga diskaun tersebut, kerajaan negeri merasakan bahawa pembelian itu adalah berpatutan dan kita mahu melihat ini sebagai pembelian jangka panjang.-kosmo-

Post a Comment

 
Top