0

Pasti ramai yang masih ingat pada pasangan comel ini, bukan? Ya, kami suka gelarkan mereka sebagai pasangan comel kerana satu ketika dulu Syafie Naswip dan Sharifah Aryiana sangat comel tatkala digandingkan dalam filem Mukhsin. Kalau ada yang masih kabur, Syafie lah Muhksin dan anak bongsu kepada dramatis popular, Fatimah Abu Bakar ni, Aryana yang menghidupkan watak Orkid. Terkini, selepas tujuh tahun sejak filem Muhksin, dua pelakon remaja berbakat besar ini dipertemukan semula dan bakal tampil menerusi sebuah telemovie berjudul Budak Flat di Jalan Bayan.

Sewaktu di majlis pra-tonton filem Juvana bertempat di e@curve Damansara, Syafie yang juga salah seorang pelakon filem tersebut tidak datang berseorangan. Sebaliknya dia ditemani Aryana. Menerusi pemerhatian media dari jauh, kedua pelakon ini nampak cukup mesra lantas seperti mengiyakan desas-desus yang timbul mengatakan mereka berdua bercinta.

Alang-alang kedua-dua dah berada di depan mata, MD mendapatkan penjelasan sejauh mana kebenaran gosip tersebut.

"Kami sebenarnya shooting sama-sama. Selepas tujuh tahun sejak filem Mukhsin, baru ni kami dapat berlakon balik bersama.

"Saya dengan dia kawan. Memang rapat, kami dah macam adik beradik. Feeling-feeling bercinta pun hanya dalam drama jer", kata Syafie sambil tersenyum.

Sementara itu Aryana berkata dia teruja apabila mendapat peluang berlakon kembali dengan Syafie yang sudah dianggap seperti abang sendiri. Sejak lama berehat dari dunia lakonan bagi menumpukan kepada pelajaran, dia jarang berjumpa dengan aktor berusia 21 tahun itu.

"Masa tingkatan empat dan lima memang saya tak berlakon dan tak selalu jumpa dia (Syafie). Kalau jumpa pun hanya dia sekali dua saja macam di festival filem dan beberapa majlis. Tegur di Twitter pun sekali sekala. Dia lebih banyak berlakon dengan ibu dan kakak saya. Dia dah macam abang saya.

"Sebenarnya kebetulan saya ikut dia ke sini. Tadi kami ada shooting telemovie arahan abang Isma Yusoof. Hari ni hari pertama masuk set. Saya rasa kekok sebab dah lama tak berlakon. Selepas tujuh tahun, nak berlakon semula dengan dia tadi pun rasa kekok. Sampaikan abang Isma suruh kami duduk tepi sekejap, borak-borak supaya kami dapat keserasian semula", katanya gadis berusia 18 tahun ini sambil tersenyum.


- mD

Post a Comment

 
Top