0

Satu Malaya sudah tahu mengenai hubungan cintanya bersama penyanyi Shila Amzah. Apatah lagi sejak kedua-duanya terbuka untuk menunjukkan kemesraan mereka pada khalayak - dari seromantik-romantiknya hinggalah hujung Disember lalu kisah hubungan mereka terpalit dengan kontroversi. Bertemu dengan aktor berbakat ini di majlis previu dan sidang media filem Juvana, Sharnaaz Ahmad mengakui segalanya bermula dengan baik tetapi meniti ke penghujung tahun ia meninggalkan memori sedikit pahit hingga menyebabkan namanya 'panas'.

"Ya tahun 2012 memang 'panas'. 2012 sepatutnya adalah tahun saya. Angka 12 tu sendiri sebenar angka kegemaran saya. Tapi nak buat macam mana kan... kita tak rancang pun semua (kontroversi) tu boleh berlaku", katanya kepada malaysiandigest.com ketika ditemui di e@curve, Damansara, semalam.

Justeru melangkah ke tahun baru, jejaka kelahiran Pulau Pinang ini berazam mahu mengelak dari sebarang hal yang boleh mencetuskan kontroversi.

"Tahun lepas 'panas', tahun 2013 kita kasi coolblog", katanya berseloroh.

"Tahun ni saya comeback untuk menjadi diri saya dan nak fokus pada kerjaya. Tak nak buat hal lagi", sambung Sharnaaz yang kini berdebar menanti dua filem lakonannya iaitu Juvana dan Sembunyi yang akan berada di pawagam tidak lama lagi.

Dalam pada itu tatkala diminta mengulas dakwaan dia suka mengongkong pergerakan Shila serta kenyataan buah hatinya itu yang mengatakan tahun ini beliau tidak mahu lagi bercerita hal percintaan mereka,

"Kalau dia tak nak cakap pasal cinta, saya pun sama, tak nak cakap pasal cinta. Tapi saya nak cakap pasal kahwin.

"Ya, memang saya kongkong Shila sebab dia bakal isteri saya dan kami amat serius dengan hubungan yang dijalinkan", kata Sharnaaz sambil tersenyum dan terus meminta diri untuk beredar.

- mD

Post a Comment

 
Top