0




Bagi peminat aktres lagenda, Latifah Omar tentunya boleh melepaskan kerinduan melihat lakonan hebat beliau apabila bakal muncul dalam sebuah telefilem berjudul '50/50' arahan Melissa Saila selepas kali terakhir muncul dalam filem 'Hati Batu' pada 1973.

Menurut Melissa, usaha memujuk seniwati ini untuk kembali berlakon bukanlah mudah.

"Mujurlah emak saya (Seniwati Mariani) mempunyai hubungan baik dengan Aunty. Malah, Aunty juga menyatakan dia terima tawaran ini untuk saya saja," katanya yang menghasilkan drama tersebut di bawah produksi miliknya, Kus Semangat Aktor Sdn Bhd.

"Penglibatan Aunty hanya seketika sebagai undangan khas, namun dia tetap miliki aura tersendiri. Meskipun sudah lama tidak berlakon, dia tahu apa perlu dilakukan. Mungkin jiwa sebagai pelakon masih menebal dalam dirinya," katanya yang dipetik dari sisipan Zass Sinar Harian.

Selain Latifah, telefilem '50/50' turut dibintangi Ramli Hassan, Johan Asa’ari dan Dira Abu Bakar. -MH-

Post a Comment

 
Top