0


BEBERAPA anggota tentera melakukan persediaan untuk melancarkan dron X-47B di atas kapal 
pengangkut pesawat USS Theodore Rosevelt di luar pantai Virginia, Amerika Syarikat pada Ahad lalu.

WASHINGTON D.C - Sebuah dron milik Tentera Laut Amerika Syarikat (AS), X-47B kelihatan seperti sebuah piring terbang apabila ia terbang di angkasa.

Dron yang bernilai £1 bilion (RM5.11 bilion) itu diuji dalam satu latihan penerbangan yang diadakan di kapal pengangkut pesawat USS Theodore Rosevelt di luar pantai Virginia, AS pada Ahad lalu.

Pesawat tanpa juruterbang itu yang mampu terbang tanpa dikawal radar dicipta sebagai dron untuk kegunaan pada masa depan.

Beberapa komander akan menggunakan komputer untuk mengendalikan pesawat tersebut dalam misi mengintip atau melakukan serangan bom.

Saiz dron itu sebesar sebuah jet pejuang dan dicipta oleh syarikat pertahanan Northrop Grumman. - Agensi

Post a Comment

Emoticon
:) :)) ;(( :-) =)) ;( ;-( :d :-d @-) :p :o :>) (o) [-( :-? (p) :-s (m) 8-) :-t :-b b-( :-# =p~ $-) (b) (f) x-) (k) (h) (c) cheer
Click to see the code!
To insert emoticon you must added at least one space before the code.

 
Top