0
Pada penutup 2012 ini, GUA mahu mengungkap kaitan di antara beberapa selebriti yang kebetulan pula ada persamaan. Secara kebetulan atau tidak GUA sekadar meluahkan pendapat.

Rozita Che Wan & Erra Fazira

         

Rozita Che Wan dan Erra Fazira dua-dua bekas ratu cantik. Satu lagi persamaan mereka, sukakan yang palsu. Maksud GUA, mereka berdua punya hobi hampir sama. Rozita tidak lekang dengan bulu mata palsunya manakala Erra dengan rambut palsu. Sebelum terkenal lagi, ketika mengacara rancangan Ratu, GUA sudah sedar kesukaan Rozita yang satu itu. Selesai disolek dia akan pasang sendiri bulu mata palsu. Kiranya tak boleh hidup tanpanya. Erra pula memiliki koleksi rambut palsu yang pelbagai - ada yang panjang, layer, bob, pendek dan macam-macamlah.

Fasha Sandha & Neelofa


         

GUA baca kisah kontroversi Neelofa, GUA terkenangkan Fasha Sandha. Sebanyak mana pun timbul kisah negatif, dia berjaya mengharunginya. Fasha terus menerima tawaran berlakon. Dia digemari penerbit kerana disiplinnya yang tinggi. Kini dia bahagia berkeluarga dan menguruskan salun. Terbaru, Neelofa dikatakan bergaduh dengan pereka fesyen. Sebelum ini macam-macam lagi kisah negatif tetapi dia masih muncul di kaca TV. Baru-baru ini sebagai pengacara 'Meletop'. Disamping itu menguruskan perniagaan kecantikan keluarga dan dikenali sebagai pereka sepatu.

Ogy & Fazura

         

Ketika Ogy meniti kejayaan era 80-an dia dikatakan punya hubungan berprofil tinggi. Malah, filem 'Suara Kekasih' adalah filem tentang kisah hubungan itu. Hubungan yang terlerai dipetengahan jalan. Era ini timbul kisah cinta baru di antara Fazura dan seorang lelaki berprofil tinggi. Lantas GUA teringatkan kisah Ogy itu.

Hans Isaac & Awie

          

Mereka bersahabat baik, berlakon dalam beberapa projek sama termasuk Cuci the Movie dan teater Cuci the Musical. Satu persamaan mereka adalah pernah memiliki hati Erra Fazira. Mereka malah pernah berseloroh mengenainya ketika menjadi penyampai di anugerah berprestij. Satu persamaan lagi, dua-dua gagal memiliki Erra. Nak tahu lagi apa kaitan mereka semua? Hans dikaitkan punya hubungan cinta dengan Neelofa yang dikatakan tidak sefahaman dengan Fazura, yang pernah dikatakan bermusuhan dengan Fasha. Kebetulan bukan?


credit to gua.com.my

Post a Comment

 
Top