0





Walaupun nama kini jarang didengari dalam persada muzik tanah air, juara Akademi Fantasia (AF) musim kelima, Mila Jirin sebenarnya masih aktif dalam bidang nyanyian.

Dipetik dari Sinar Harian Online, Mila menjelaskan dia masih lagi memenuhi undangan persembahan untuk majlis makan malam atau korporat dan pada masa yang sama sibuk menguruskan syarikatnya, Luvmila Corporation Sdn Bhd (LCSB).

Terbaru, syarikatnya diberi kepercayaan menguruskan karnival, 1001 Rasa Sate Kajang 2012, yang berlangsung di Kajang, baru-baru ini.

Katanya, selain dapat melebarkan perusahaan syarikatnya, karnival itu turut memberi peluang kepada dirinya bertemu peminat yang sudah lama tidak mendengar khabarnya.-MH-

Post a Comment

 
Top