0


Umum rasanya sudah mengetahui yang ketika ini memang hati Maya Karin sudah dimiliki seseorang dan pastinya akan ada yang tertanya bilakah pelakon juga penyanyi popular ini akan kembali menjalani kehidupan berumahtangga.  


Bercakap kepada Kosmo! baru baru ini, Maya Karin yang masih mengunci mulut tentang identiti kekasihnya itu berkata yang beliau sendiri sebenarnya masih berteka teki tentang masa hadapan — lebih lebih lagi soal cinta dan jodoh ini.

“Saya pun macam dalam lirik lagu saya juga, lagu Teka-Teki itu tentang pencarian hidup, tentang rahsia-rahsia yang belum menemukan jawapan. Saya mengaku, saya memang sedang memiliki si dia, tetapi siapa dia dan dari mana asalnya, saya mahu zip mulut dulu. Cukup setakat itu”

Namun, Maya Karin ada berkongsi harapan beliau untuk berumahtangga dan memberi tempoh dua tahun kepada kekasihnya kini untuk melangkah ke fasa yang lebih serius itu atau beliau akan mencari bahagia yang lain.

“Kita tengoklah sejauh mana hubungan ini akan berterusan. Saya tunggu sehingga dua tahun sahaja lagi, kalau masih tidak ke mana, saya akan cari bahagia yang lain. Nak tunggu sampai umur berapa lagi, saya pun mahu kahwin,” tambah Maya Karin. (rtky/m)




sumber asal rotikaya

Post a Comment

 
Top