0


Tempoh 24 jam ini memang mencabar nampaknya buat pasangan Adam AF & Fiza Elite apabila kedua dua mereka menjadi tumpuan media juga para peminat selepas ada khabar mengatakan yang si isteri sudah pun memfailkan penceraian di mahkamah.  


Adam AF dalam satu kenyataan kepada mStar Online berkata beliau meminta maaf kerana tidak mampu untuk mengulas lanjut tentang perkembangan terbaru ini dan meminta semua memberikan mereka ruang selain mendoakan yang terbaik.

“Maafkan saya kerana tidak boleh mengulas mengenai perkhabaran terbaharu itu dan saya mohon semua pihak mendoakan perhubungan kami sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya.

Mereka berdua juga khabarnya sudah sepakat untuk tidak mengeluarkan apa apa kenyataan buat masa ini dan meminta semua pihak agar memahami keadaan mereka.

Dalam masa yang sama juga, Fiza Elite melalui akaun Instagram beliau telah dilihat memuat naik status yang semakin menimbulkan banyak tanda tanya di kalangan mereka yang membacanya.


Hanya mereka berdua sahaja yang tahu apa sebenarnya sedang berlaku dan kami berharap Adam Af & Fiza Elite akan menjawab persoalan ramai dengan jelas tidak lama lagi.

Adam AF dan Fiza Elite atau nama sebenarnya, Siti Zaidatul Fiza Abd Halim, 32, bernikah pada 26 September tahun lalu hanya selepas dua bulan berkenalan. (rtky/m)



sumber asal rotikaya

Post a Comment

 
Top