0


Hanez Suraya mengaku kekasih duda anak dua - Selepas sedaya-upaya menafikan mengetahui status kekasihnya adalah suami orang, Hanez Suraya akhirnya mengaku juga menerusi Harian Metro. Itulah trend artis sekarang, suka berbohong.

Kata pelakon cantik kepada Harian Metro, bakal suaminya berstatus duda anak dua dan bukan suami orang seperti yang didakwa wartawan dua hari lepas di Melodi.

“Saya berkawan dengan R selepas dia bergelar duda dan bukan suami orang. Kenapa bekas isterinya memfitnah saya macam macam selepas saya dedahkan untuk berkahwin baru baru ini?” 

Sementara, Hanez turut menafikan dakwaan dia cuba merosakkan rumahtangga orang lain dengan menghasut kekasihnya menceraikan isteri pertama.

“Kalau betul saya rosakkan perkahwinan orang, kenapa keluarga lelaki memberi restu dan dia (R) sendiri yang melamar saya? Dakwaan saya menghasut lelaki itu untuk menceraikan isterinya tidak betul sama sekali.”



artikel asal http://plbgaimacam.blogspot.com

Post a Comment

 
Top