SUPERMODEL terkenal dunia Naomi Campbell menangis apabila bercakap mengenai sikap panas barannya secara terbuka semasa muncul dalam program Jonathan Ross Show.
Naomi, 43, memberitahu kelas pengurusan kemarahan telah menyelamatkan nyawanya dan mengakui lebih tenang selepas menghadiri terapi.
"Banyak perkara yang terpaksa saya lalui sebelum ini dan perasaan marah itu adalah seperti saya penyembuhan untuk saya tanpa menyedari ia merosakkan kehidupan saya," katanya seperti dilaporkan The Mirror.
Model itu sebelum ini pernah dituduh dan ditahan beberapa kali kerana mencederakan pembantunya di antara tahun 1998 hingga 2008.
Malah pada tahun 2008, syarikat penerbangan British Airways telah melarangnya daripada menaiki pesawat itu seumur hidup selepas memaki hamun seorang petugas akibat kehilangan bagasinya.
Naomi telah dikenakan denda selain dihukum melakukan aktiviti khidmat masyarakat sebanyak 200 jam. -mstar-
Post a Comment