0
Mariah bakal muncul dengan single terbaharunya yang berjudul The Art of Letting Go.


PENYANYI terkenal Mariah Carey bakal melancarkan single terbaharunya yang berjudul The Art of Letting Go di laman sosial Facebook pada 11 November depan.

Menurut laporan Daily Mail, lagu yang ditulis sendiri oleh Mariah bersama penerbit terkenal iaitu Rodney Jerkins dan Jermaine Dupri itu bakal dimuatkan dalam album terbaharunya yang dijangka berada di pasaran awal tahun hadapan.

"Saya memilih untuk melancarkan lagu berkenaan di Facebook kerana mahu bersikap adil kepada semua peminat di seluruh dunia dan ia akan dilancarkan serentak pada tarikh tersebut," katanya.

Mariah sepatutnya muncul dengan album terbaharunya pada bulan Julai lalu namun ia terpaksa ditunda selepas mengalami kecederaan pada bahagian bahu kiri akibat terjatuh semasa rakaman video muziknya.
Penyanyi terkenal itu turut berkongsi gambarnya bersama penerbitnya semasa proses rakaman album terbahrunya di Facebook.

Ibu kepada dua cahaya mata itu juga sempat melancarkan single pertama berjudul #Beautiful pada Mei lalu dan ia telah mencipta rekod sebagai lagu yang paling banyak diputarkan pada hari pertama pelancarannya di Amerika Syarikat.

Rekod tersebut sebelum ini dipegang oleh penyanyi berimej pelik iaitu Lady Gaga menerusi lagu Born This Way.

Mariah juga adalah artis paling berjaya dalam sejarah muzik Amerika apabila albumnya terjual sebanyak 200 juta unit dan 18 buah lagunya berada di tangga teratas carta Billboard. -mstar-

Post a Comment

 
Top