0

Johan As'ari yang kini menjadi bualan ramai berhubung kisah cinta 'touch & go' dengan aktres seksi, Lana Nordin yang hanya bertahan sebulan sebelum memutuskan hubungan atas alasan tidak mendapat restu keluarga meminta orang ramai berhenti menyalahkan dirinya.

"Setulus hati saya tak pernah terdetik untuk mempermainkan perasaan wanita. Segala yang berlaku adalah asam garam kehidupan.
"Soal menggunakan agama untuk rapat dengan wanita pastinya tak benar, kerana bagi saya dakwah itu adalah kerja kita sesama Muslim.

"Manakala, tanggungjawab dan aktiviti sehari-hari adalah ibadah kita. Ke mana jua saya pergi agama tetap saya bawa bersama,"

"Saya manusia biasa yang tidak terlepas daripada kekhilafan. Saya berharap perkara ini tidak dipanjangkan dan disalah ertikan oleh mana-mana pihak."-Johan. SinarHarian

Post a Comment

 
Top