Salah satu dari pokok-pokok yang paling tinggi di dunia dari jenis
Giant Sequoia ini memiliki ketinggian mencapai 85 meter. Umurnya
dianggarkan antara 2200 hingga 2700 tahun. Pokok ini diberi nama
“Jenderal Sherman”, dianggarkan bukan hanya merupakan salah satu yang
tertinggi, tapi juga merupakan jenis Sequoia yang terbesar dalam
kelasnya.
Pada tahun 2002 pokok ini pernah diukur iaitu sebesar 1487 meter
padu. Pohon Sherman ini terletak di Taman Negara Sequoia di Visalia,
California, dinamakan demikian diambil dari nama seorang veteran perang
saudara Amerika Jeneral William Tecumseh Sherman.
James Wolverton seorang Leftenan pada
pasukan askar berkuda Indiana ke-9 di bawah pimpinan Sherman menamakan
pokok ini dengan nama ketuanya pada tahun 1879. Pohon ini sebenarnya
sudah dianugerahi gelaran sebagai yang terbesar sejak tahun 1931,
dilihat dari faktor kematangannya.
Diukur dari dimensinya, pokok Sherman ini menunjukkan semakin besar
setiap tahun. Diameternya 1,4 meter di atas tanah adalah 7,7 meter, 18
meter di atas tanah adalah 5,3 meter, dia 55 meter di atas tanah adalah
4,3 meter, dan ketinggian dahan pertama atas tanah adalah sekitar 40
meter.
Yang menarik, dahan terbesarnya patah pada tahun 2006. Bentuknya
seperti huruf “L” menghunjam kira-kira satu perempat ketinggian pokok.
Dahan ini mempunyai diameter 2 meter dengan panjang 30 meter dan
menghancurkan pagar yang di bina di sekelilingnya. Pokok ini masih
menjadi makhluk hidup terbesar di muka bumi yang masih hidup.
Sumber : http://detikislam.blogspot.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Post a Comment