Pusat pengundian paling tinggi di Itali
ROM, Itali - Pusat pengundian paling tinggi di Itali terletak di kawasan glasier Presena, utara Itali dengan ketinggian 2,585 meter dari paras laut.
Para pengundi pergi ke pusat pengundian tersebut dengan meluncur di atas salji.
Mereka akan memasukkan kertas undi ke dalam kotak yang disediakan di dalam sebuah iglu.
Undian itu dibuat bagi memilih pemimpin Parti Demokratik yang memerintah Itali menerusi perikatan dengan parti-parti lain.
Datuk Bandar Florence, Matteo Renzi, 38, memenangi pemilihan itu dengan majoriti besar apabila memperoleh lebih 68 peratus undi sekali gus mengalahkan pencabar terdekatnya, Gianni Cuperlo. - Agensi
Post a Comment