0


CONTOH hujan meteor yang boleh disaksikan oleh rakyat Malaysia pada 3 hingga 17 Disember.



KUALA LUMPUR - Langit Malaysia akan diterangi juraian hujan meteor Geminids mulai 3 hingga 17 Disember ini, menurut Agensi Angkasa Negara (Angkasa) semalam.

Dianggarkan, kira-kira 120 juraian meteor sejam dapat dilihat pada masa kemuncaknya yang bermula dari awal pagi 13 hingga 14 Disember ini.

"Pada tahun ini, kenampakannya tidak begitu baik kerana waktu kemunculannya sama dengan fasa bulan hampir purnama (91 peratus penuh)," demikian menurut kenyataan Angkasa. -kosmo-

Post a Comment

 
Top