|
KUALA LUMPUR - Kerajaan telah mengemukakan cadangan kepada Peguam Negara untuk meningkatkan kadar hukuman terhadap individu yang didapati bersalah menghilangkan MyKad mereka.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan itu adalah untuk individu yang tidak mempunyai bukti atau penjelasan khusus mengenai kehilangan MyKad.
"Kita (telah mencadangkan supaya) meningkatkan caj kehilangan MyKad terhadap mereka yang tidak mempunyai bukti dan penjelasan khusus, melainkan kehilangan berlaku berpunca daripada insiden yang tidak boleh dielakkan seperti kebakaran," kata beliau ketika menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Rahman Bakar di Dewan Negara di sini semalam. -kosmo-
Post a Comment