0
Hujan yang berterusan turun selama beberapa hari mengakibatkan beberapa kawasan di sekitar Kuantan dinaiki air. Walaupun boleh dikatakan berlaku setiap tahun terutama ketika musim tengkujuh, situasi tahun ini dilihat agak serius berbanding tahun-tahun sebelumnya. Sudah pasti, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan ke pusat pemindahan banjir akan terus meningkat jika keadaan sebegini berterusan untuk hari-hari mendatang.

Di bawah, beberapa gambar yang telah dikongsikan di Facebook:
Hujan sekali sekala turun dan mula berhenti pada hari ini, Rabu bersamaan 4 Disember 2013 di Kuantan. Beberapa kawasan terjejas banjir sudah mula surut, namun situasi di sesetengah tempat seperti Sungai Isap dan Permatang Badak dilihat semakin serius berbanding semalam.
Gambar-gambar banjir Kuantan untuk 4 Disember 2013:


Pasaraya Borong Tunas Manja - jalan masuk dari Jalan Tanah Putih ke Sungai Isap.


Perkampungan Sungai Isap - masjid tidak terjejas kerana kawasan tapaknya ditinggikan sebelum struktur masjid dibina. Perancangan yang bijak!


Jalan masuk ke perkampungan Sungai Isap melalui stesen pencawang TNB dari Jalan Tanah Putih.


Jalan masuk ke Permatang Badak atau Sungai Isap dari Jalan Tanah Putih.


Jalan Tanah Putih - SMK Paya Besar di sebelah kiri, masjid di sebelah kanan.


Sekitar luar kawasan masjid yang dinaiki air sebelum persimpangan ke Permatang Badak dari Jalan Tanah Putih.


Jejantas yang menghubungkan pengguna ke SMK Paya Besar.


Jejantas yang menghubungkan pengguna ke SMK Paya Besar - masih di persimpangan ke Permatang Badak.


Medan Feri di Jalan Tanah Putih berhampiran jambatan yang menyeberangi Sungai Kuantan.


Susur keluar dari Jalan Tanah Putih ke KIPSAS dan Pekan.


Banjir di Taman Cenderawasih.


Banjir di Taman Cenderawasih.


SMK Bukit Rangin


Jalan Pintasan Kuantan - stesen minyak Petronas berdekatan persimpangan Permatang Badak.


Jalan Pintasan Kuantan - stesen minyak Shell berdekatan SK Bukit Rangin.


Jalan utama yang menghubungkan Bukit Sagu dan Kuantan.


Stesen minyak Petronas Jaya Gading - dipenuhi pelanggan yang mahu mengisi minyak kenderaan. Gangguan bekalan elektrik yang berlaku di beberapa kawasan menyebabkan stesen-stesen minyak di kawasan berkaitan tidak dapat beroperasi.


Selain mengalami gangguan bekalan elektrik, masalah ketiadaan air juga menambah kesukaran ketika musim hujan begini. Semoga kita semua dapat menghadapi ujian ini dengan penuh kesabaran.


Lebuhraya Pintasan Kuantan - sekitar Kompleks Mahkamah Kuantan. (3 Disember 2013)


Terminal Sentral Kuantan (TSK) - lokasinya tidak jauh dari Kompleks Mahkamah Kuantan. (3 Disember 2013)


TSK - tempat meletak kenderaan di aras bawah. (3 Disember 2013)


TSK - struktur yang didapati rosak. (3 Disember 2013)


Kolej Universiti Shahputra - rantaian lokasi yang dinaiki air di sepanjang Lebuhraya Pintasan Kuantan. (3 Disember 2013)


Kolej Universiti Shahputra (3 Disember 2013)


Kolej Universiti Shahputra (3 Disember 2013)


Jalan Sultan Ahmad Shah - berhampiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kampus Kuantan. (3 Disember 2013)


Jalan Dato Wong Ah Jang - hadapan Cowboy. (3 Disember 2013)


Jalan Bukit Sekilau & Jalan Tun Ismail - persimpangan lampu isyarat berhampiran Kamdar. (3 Disember 2013)


Jalan Bukit Sekilau & Jalan Tun Ismail - hadapan Naza World, ke/dari Jalan Gambut. (3 Disember 2013)


Berjaya Megamall - pemandangan dari atas keadaan banjir bandar Kuantan. (3 Disember 2013)


Jalan Tun Ismail - sekitar Berjaya Megamall. (3 Disember 2013)


Jalan Tun Ismail - restoran di Hotlink Walk, sekitar Berjaya Megamall. (2 Disember 2013)


Malay Town berhampiran East Coast Mall (ECM). (3 Disember 2013)


Lorong Seri Kuantan (2 Disember 2013)


Persimpangan lampu isyarat di Jalan Tanah Putih ke Sungai Isap. Penduduk memarkir kenderaan mereka di kiri kanan jalan utama yang lebih selamat daripada banjir. (3 Disember 2013)


Masjid Al-Hidayah Permatang Badak (3 Disember 2013)


Susur keluar dari Jalan Tanah Putih ke KIPSAS dan Pekan. (3 Disember 2013)


Jalan Kuantan-Segamat, berhampiran Muadzam Shah. (2 Disember 2013)



kredit gambar kongsakongsi.blogspot.com

Post a Comment

 
Top