0

KASUT besi itu pada awalnya seberat 70kg dan kini telah mencecah 405kg.- YouTube

SHIJIAZHUANG - Seorang lelaki di sini, dalam wilayah Hebei, utara China berhasrat untuk menempah nama dalam buku Guinness of World Records kerana aksinya berjalan kaki dengan memakai sepasang kasut besi seberat 405 kilogram (kg), lapor agensi berita Xinhua baru-baru ini.

Zhang Fuxing, 51, yang merupakan seorang penduduk di daerah Fengnan berlatih bersenam pada setiap hari dengan menggunakan kasut besi berkenaan.

Kasut tersebut mempunyai berat lebih tujuh kali ganda daripada badannya sendiri.

Setiap kasut tersebut berukuran 30 sentimeter (sm) panjang dengan lebar 20sm lebar manakala tapaknya diperbuat dari ketulan besi kimpal setinggi 40sm.

Lapor Xinhua, Fuxing meluangkan masa selama 20 minit setiap pagi untuk berjalan menggunakan kasut besi berkenaan pada jarak purata sejauh beberapa belas meter.

Kata Zhang, dia meletakkan kasut tersebut di luar rumahnya tanpa rasa bimbang akan dicuri.

"Kasut itu terlalu berat, kerana itu saya tidak berasa bimbang ia akan dicuri," katanya lagi.

Pekerja kilang itu pada awalnya telah bersenam dengan menggunakan kasut besi rekaannya sendiri yang mempunyai berat 70kg sejak tujuh tahun lalu. - Agensi

Post a Comment

 
Top