Anak Hrithik Roshan Sembuh Penyakit Asma
ANAK sulung pelakon Bollywood iaitu Hrithik Roshan yang dimasukkan ke hospital akibat serangan asma minggu lepas sudah dibenarkan pulang ke rumah.
Hrehaan yang kini berusia tujuh tahun dimasukkan ke Hospital Kokilaben Dhirubhai Ambani di Mumbai India selepas mengadu sesak nafas awal minggu lalu.
"Ya, keadaannya sudah semakin baik dan dibenarkan pulang ke rumah dari hospital," kata sumber seperti dipetik IANS.
Pasangan Hrithik dan Suzanne mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Hrehaan, yang berusia tujuh tahun dan Hridhaan, berumur lima tahun. -mstar-
Post a Comment