0

Katie dan Norman dikelilingi 80 pengapit di majlis perkahwinannya di sebuah gereja 
di St Nicholas, Harwich.- Agensi


HARWICH, Essex - Seorang guru tarian, Katie Dalby melakukan kejutan pada majlis perkahwinannya kerana diiringi 80 pengapit, lapor akhbar dalam talian Daily Mirror kelmarin.

Wanita berusia 26 tahun itu dikelilingi oleh 80 gadis berpakaian merah jambu pada hari istimewa itu yang berlangsung di gereja St Nicholas di sini.

Dalbie berkata, semua pengapit tersebut dilaporkan berusia antara dua hingga 17 tahun.

"Kesemua 74 pengapit itu merupakan ahli akademi tarian tempatan manakala enam lagi terdiri daripada kakak ipar, anak saudara, sepupu dan sahabat karib saya," katanya.

Katie melangsungkan perkahwinan dengan jejaka idamannya, Norman Gooch pada Sabtu lalu.

Gooch, 37, bekerja sebagai seorang anggota bomba.

"Saya tidak mahu sesiapa pun terkecuali," kata Katie.

Upacara perkahwinan tersebut menarik perhatian orang ramai sehingga jalan raya yang menuju ke gereja berkenaan terpaksa ditutup. - Agensi

Post a Comment

 
Top