0


SELAMA ini, gelaran 'party girl' sering melekat pada model Paris Hilton, namun sejak menjalinkan hubungan cinta dengan River Viiperi, ia telah mengubah keperibadian sosialit itu.

Menurut laporan portal Contact Music, wanita berusia 32 tahun itu mengakui dia bukan lagi seorang gadis yang gemar berpesta seperti sebelum ini dan sudah bersedia untuk mengahwini kekasihnya yang juga merupakan seorang model antarabangsa.

Beritahu Paris, dia kini benar-benar jatuh cinta dan River mempunyai ciri-ciri lelaki yang disukainya.


Paris bersama kekasihnya, River.

"Saya sudah tidak mahu membuat masalah lagi dan saya sudah bersikap matang. Impian saya sekarang ini ingin mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak dengan River," katanya.

Sebelum ini Paris pernah dimasukkan ke penjara gara-gara mabuk pada tahun 2007.

Wanita itu juga dikhabarkan pernah menjalinkan hubungan dengan beebrapa orang lelaki sebelum mengaku perasaan cintanya terhadap River. -mstar-

Post a Comment

 
Top