Kate Middleton bakal jadi ibu paling bergaya
Kate Middleton
JULAI ini, pasangan diraja, Putera William dan Kate Middleton, bakal menyambut kelahiran bayi pertama mereka yang juga waris kerajaan England.
Pengumuman mengenai kelahiran itu dibuat pada Januari lalu dan sejak itulah, kelibat Middleton sering menjadi perhatian lensa kamera untuk merakam baby bumpnya.
Malah, Middleton juga diberi jolokan bakal ibu paling bergaya ketika hamil kerana penampilan dan imejnya tidak pernah mengecewakan.
Bukan sahaja sopan, malah setiap persalinan khasnya itu sangat menarik dan istimewa.
Seperti Puteri Diana, Middleton juga mengikut jejak langkah ibu William itu menjadi ikon 2013 yang paling berpengaruh.
Namun kini, ramai yang mula berteka-teki mengenai jantina waris pertama Putera William itu. Putera atau Puteri? -sinar-
Post a Comment