0
 

Kemelut antara penyanyi Shila Amzah, bapanya, ND Lala dan kekasih, Sharnaaz Ahmad bakal terjawab tidak lama lagi menerusi sidang media khas yang bakal diadakan. Menurut laporan portal berita Utusan Online ND Lala yang melarang anaknya daripada ditemubual oleh pihak media pada majlis Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baharu Cina berkata, tarikh dan lokasi sidang media itu akan diumumkan nanti.

"Kamu hendak tanya apa? Macam inilah, saya akan mengadakan sidang akhbar khas dalam masa terdekat untuk jawab segala persoalan.

"Tarikh dan tempat juga akan dimaklumkan kelak," kata ND Lala.

Majlis yang diadakan pada tengah hari Isnin merupakan anjuran parti Barisan Nasional (BN) di Sekolah Tinggi Han Chiang di Pulau Pinang.

Penyanyi itu membuka tirai dengan menyanyikan lagu berbahasa Mandarin, dan lagu berbahasa Inggeris Adele, Set Fire To The Rain selain lagu Patah Seribu.Selepas selesai persembahan, Shila, 23, dihampiri wartawan pada mulanya bersetuju untuk ditemu ramah namun dia yang dikawal ketat oleh sekumpulan pengawal peribadi serta pasukan keselamatan sepanjang majlis itu tidak dibenarkan untuk berbuat demikian.

Ketika itu, Shila kelihatan terpinga-pinga dan hanya berdiam diri sebelum dibawa pergi.

Kisah cinta Shila dan Sharnaaz menjadi tegang apabila ND Lala dikatakan tidak merestui hubungan pasangan terbabit.

Malah Sharnaaz sebelum ini yang berhajat untuk merisik Shila pada Mac depan terpaksa membatalkan niatnya kerana masalah tersebut.

Shila yang ‘melarikan’ diri selepas pulang dari Shanghai, China minggu lalu akibat tertekan dengan konflik itu bagaimanapun sudah kembali ke pangkuan keluarga pada Sabtu.

Pada Jumaat lalu, Shila memuat naik rakaman kesedihannya sambil menangis teresak-esak ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu, dalam YouTube.


- mD

Post a Comment

 
Top