0

 

Desas desus mengatakan pelakon cantik ini kononnya menjalinkan hubungan dengan kerabat diRaja akhirnya kini terjawab. Fathia mengaku telah dirisik seorang kerabat diraja tetapi dia terpaksa menolak hasrat lelaki itu kerana tidak mahu terikat dengan golongan istana. Menurut pelakon berusia 26 tahun ini, dia dan kerabat itu sebenarnya berkawan baik tetapi tidak pula menyangka pemuda tersebut berhasrat untuk menjadikannya sebagai calon isteri.

"Memang saya akui lelaki daripada kalangan kerabat itu telah menyunting saya tetapi saya menolak lamaran tersebut dengan baik.

"Sebenarnya kami berkawan sebelum ini, tak sangka pula dia ingin melamar saya. Lamaran itu hanya dibuat kepada saya tanpa berjumpa dengan keluarga," katanya kepada mStar online.

Tambah Fathia, dia yang masih solo itu enggan mencari jodoh daripada golongan yang mempunyai pengaruh kuat tetapi cukuplah sekadar lelaki biasa yang berpelajaran dan mampu menjaganya dengan baik.

"Entahlah, saya selesa dengan lelaki biasa. Lagipun rasanya susah juga nak menjalinkan hubungan cinta dengan kerabat, banyak risikonya," ujarnya

- mD

Post a Comment

 
Top