0
 
Johansson tidak terfikir untuk kahwin kali kedua dalam masa terdekat.

PELAKON Scarlett Johansson baru-baru ini mengakui perkahwinan baginya tidak penting buat masa ini.

Johansson, 28, yang pernah berkahwin dengan aktor kacak, Ryan Reynolds berkata, perkahwinan bukanlah keutamaannya kerana dia pernah berkahwin pada usia muda dan kini dia melihat institusi itu dalam cara yang berbeza.

"Sukar untuk saya jelaskan mengapa perkahwinan tidak lagi penting kepada saya sekarang tetapi mungkin kerana saya pernah berkahwin dan merasai kenikmatan berumah tangga," jelasnya kepada majalah Elle.

Tambah Johansson, dia percaya sesuatu hubungan itu tidak semestinya berakhir dengan sebuah perkahwinan.

Dia yang kini sedang bercinta dengan seorang wartawan berasal dari Perancis, Romain Duariac, 30, turut memberitahu tidak pernah berfikir mengakhiri hubungan itu dengan sebuah ikatan yang sah. -mstar-

Post a Comment

 
Top