0

Penyanyi Siti Liza mengaku mendapat banyak hinaan hanya kerana memiliki nama mirip penyanyi tersohor tanah air, Dato' Siti Nurhaliza. Penyanyi kelahiran Indonesia ini berasa sedih.

"Saya sangat sedih. Ada juga yang kata saya gunakan nama itu agar cepat popular, padahal saya sudah menyanyi dan berusaha sejak kecil," katanya.

Bukan setakat nama, secara fizikal Siti Liza dikatakan tidak tak jauh berbeza dengan Dato' Siti Nurhaliza. Gara-gara itu dia dikritik peminat.

"Selama ini saya dinilai mirip Siti, saya terima. Tapi sebenarnya suara saya tidak sama dengan suara Siti," ujar pemilik nama sebenar Resrilliza itu.

Meskipun mendapat hinaan, pelantun Dua Hati ini menganggap kritikan tersebut hanya sebagai bunga dalam kariernya. Malahan dia tidak mahu terlalu memikirkan penilaian peminat.

"Saya harus bangkit, tak boleh putus asa. Walaupun ramai yang menghina, ada juga yang memberikan sokongan kepada saya bahkan peminat dari Malaysia juga ramai yang menyokong," ujarnya.







- mD

Post a Comment

 
Top