Penyanyi Nicki Minaj mendedahkan dia dan diva Mariah Carey berbaik semula sejak mereka berdua sama-sama menonton video porno dirinya sendiri. Pada Oktober lalu, terjadinya perselisihan faham di antara dua juri American Idol ini sewaktu sesi uji bakat program realiti tersebut. Pergaduhan bermula apabila kedua-dua mempunyai perdapat yang berbeza mengenai salah seorang peserta hingga menyebabkan Minaj menempelak Carey dan menyuruh penyanyi My All itu keluar dari bilik ujibakat. Suasana semakin menjadi-jadi apabila mereka saling menyindir satu sama lain.
Namun baru baru ini, kedua bintang tersebut mengaku sudah berbaik semula.
Dalam portal NME.com menyebut, sewaktu ditemubual dalam satu program, ketika ditanya bagaimana mereka menyelesaikan perselisihan faham itu, Minaj menjawab: "Saya menayangkan video porno saya" sebelum itu Carey berkata, "Masa yang menyembuhkan semua luka". Minaj kemudian menambah: "Dan kita berdua sama-sama menonton video saya... Kami profesional."
Awal minggu ini, Mariah Carey mendakwa dia terpaksa mengupah pengawal peribadi tambahan kerana Minaj membuatkan dia merasa 'tidak selamat'. Carey berkata, pertelingkahan mereka telah dirakamkan dan menyebabkan dia dalam "persekitaran kerja yang tidak selamat".
- mD
Post a Comment