0

Pada 21.12.2012 penyanyi yang mencetuskan fenomena dunia menerusi lagu popularnya Gangnam Style (juga lagu itu yang kononnya penanda kiamat), PSY, nampak gaya akhirnya sudah memutuskan mahu menetap di Amerika. Ini kerana penyanyi rap popular kelahiran Korea Selatan itu diberitakan telah membeli kondo bernilai kira-kira RM3.67 juta (USD1.25 juta) berhampiran Beverly Hills dan dibayar sepenuhnya dalam wang tunai!

PSY dilaporkan membeli sebuah kondo mewah yang berkeluasan 2,700 kaki persegi dengan dua bilik tidur di kompleks apartmen eksklusif Blair House, berhampiran Beverly Hills.

Dalam laman web allkpop.com menyebut PSY dilihat dikelilingi pengawal keselamatan ketika beliau membuat transaksi kewangan dari Korea.

Sebelum ini pernah dilaporkan dek impak fenomena Gangnam Style, PSY berjaya meraih pendapatan sekurang-kurangnya RM28.8 juta (USD8 juta) dan tak mustahil sebahagian daripada pendapatannya itu dilaburkan untuk bertukar gaya dari 'Gangnam' ke 'gaya Beverly Hills'. Untung badan...


- mD

Post a Comment

 
Top