0

Pelakon dan model seksi, Zarina Anjoulie Lavocah, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.Berita Harian online hari ini melaporkan, Zarina bersama seorang lagi rakannya, pelajar kolej swasta, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 26, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, dekat sini pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.

Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.


- mD

Post a Comment

 
Top