0
 
 
Mesra. Nasha Aziz bersama seorang lelaki yang di dipercayai adalah kekasih lamanya meraikan malam tahun baru. Kredit foto rotikaya.com

Cinta pelakon juga model bertaraf antarabangsa, Nasha Aziz kembali bertaut dengan kekasih lamanya? Setakat ini tidak ada sebarang pengumuman rasmi daripada tuan empunya badan. Tetapi apa yang pasti, selebriti jelita itu dilihat hadir bersama seorang jejaka ke sebuah konsert sempena sambutan di tahun baru, malam kelmarin. Dan mereka kelihatan cukup mesra. Dalam blog rotikaya.com menyebut, jejaka itu dipercayai adalah Nur Iman Tang yang pernah di’kaitkan dengan Nasha, tidak berapa lama dahulu.

Kali terakhir Nasha Aziz membuka mulut tentang hubungan beliau dengan Nur Iman Tang adalah ketika membawa kekasihnya itu ke kota Mekah untuk mendekatkan diri dengan cara hidup masyarakat Islam.

Dan, ada juga dengar dengar yang mereka bakal melangsungkan perkahwinan selepas pulang dari kota Mekah pada 2010 itu tetapi sehingga hari ini masih tiada khabar tentang rancangan mereka itu.

Kalaulah betul mereka berdua kembali bercinta, baguslah. MD doakan yang terbaik buat pasangan ini.


- mD

Post a Comment

 
Top