0


Ketika Anugerah Juara Lagu ke-27 berbaki kurang daripada empat hari, industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita penyanyi Yuna yang menarik diri daripada pertandingan ini.
Menurut laporan Harian Metro, Yuna terpaksa berbuat demikian ekoran jadual proses rakaman album terbarunya di Amerika Syarikat yang bertembung dengan tarikh AJL27.

Menerusi pengurus peribadinya, Nor Zaina Wardah atau Wawa berkata;

"Yuna membuat keputusan yang dia tidak beraksi, tetapi membenarkan lagunya dipertandingkan dengan menampilkan penyanyi gantian.

"Buat masa ini kami belum memutuskan siapakah yang menggantikan Yuna kerana senarai nama yang dicadangkan masih dalam peringkat perbincangan bersama TV3."

Dalam pada itu, pihak penerbitan AJL27 bakal mengumumkan penyanyi gantian tersebut pada hari ini.-MH-

Post a Comment

 
Top