Penyanyi Shila Amzah lansung tidak menyangka yang gurauannya ketika menjadi penyampai anugerah pada Anugerah Planet Muzik (APM2012) yang berlangsung di Max Pavilion, Singapura, pada Sabtu lalu telah menyebabkan kekasihnya Sharnaaz Ahmad terasa hati.Memetik kenyataan mStar online, Shila berkata, gurauannya dengan mengatakan kekasihnya itu mungkin cemburu melihat dia berduet dengan penyanyi Singapura, Taufik Batisah bukanlah dengan niat untuk memperkecilkan Sharnaaz.
"Selepas saya berbincang dengan abah (ND Lala), katanya gurauan seperti itu tidak patut saya ungkapkan secara umum, apatah lagi ia merupakan acara siaran langsung.
"Walaupun perkara itu hanyalah gurauan, tetapi ia telah dilihat daripada sudut berbeza setiap penonton. Maka saya akui dengan kesalahan itu" ujarnya.
Kata-kata Shila pada acara APM2012 itu menyebabkan Sharnaaz kurang senang sehingga membuatkan dia memuat naik entri Twitter yang agak kasar terhadap Shila pada malam Ahad.
Bagaimanapun kira-kira pukul 6.30 pagi Isnin, Sharnaaz telah memadam entri tersebut dan mendakwa terdapat individu yang tidak bertanggungjawab telah menceroboh akaun Twitter miliknya itu.
Dalam pada itu, menerusi laman Twitter Shila mengesahkan Sharnaaz telah melamarnya untuk dijadikan isteri. Bagaimana pun entri yang dimuat naik kira-kira jam 7.30 malam (Isnin) itu telah dipadamkan tidak lama kemudian.
- mD
Post a Comment