0

Dalam kegembiraan penyanyi Alyah meraikan kemenangan bagi kategori Lagu Terbaik menerusi lagu Kisah Hati, ciptaan Manusia Putih pada Anugerah Planet Muzik (APM2012) di Singapura Sabtu lalu, semalam penyanyi ini dipalitkan dengan cerita kurang enak - ditempelak dua pereka fesyen terkenal tanah air.Kelmarin (Ahad) pereka fesyen Hatta Dolmat dan Rizman Ruzaini menerusi Twitter mereka pada telah menempelak Alyah kerana penyanyi itu dikatakan tidak memakai pakaian yang ditaja mereka untuk APM2012.

Alyah dilaporkan telah meminta tiga pereka fesyen termasuk seorang lagi iaitu Amir Luqman bagi menghasilkan busana untuk acara berkenaan sebaliknya beliau dikatakan hanya memakai pakaian rekaan Amir sahaja untuk persembahan pentas serta miliknya sendiri bagi acara karpet merah.

Merasakan tindakan dua pereka itu keterlaluan dan seolah-olah diaibkan, Alyah berkata, dia mengambil pendekatan tidak mahu memohon maaf kepada pereka fesyen berkenaan.

"Maruah saya sudah dipijak-pijak. Mereka telah mengaibkan saya dengan kata-kata yang kurang manis. Buat apa saya perlu memohon maaf tentang perkara itu kerana ia telah dibayar dengan kata-kata hinaan yang diberikan mereka.

"Belum sempat saya nak terangkan sebab-sebab saya tidak memakai pakaian rekaan tersebut, mereka telah menghentam saya di Twitter. Saya rasa dihina," katanya kepada mStar online.

Bagaimanapun penyanyi berusia 31 tahun itu menjelaskan rekaan Hatta dan Rizman mempunyai masalah zip serta beberapa perkara lain.

Akibat hal berkenaan, dia bercadang untuk menyelesaikan masalah tersebut secara berdepan selain ingin menjelaskan sebab-sebab pakaian itu tidak dipakai.

"Saya bukannya seorang yang suka melarikan diri daripada masalah. Ada sebab-sebabnya kenapa saya tidak memakai pakaian mereka dan saya enggan memperbesarkan perkara ini.

"Tambah pula Hatta dan Rizman Rizman telah banyak membantu menaja pakaian saya selama ini, jadi saya tak mahulah nak memburukkan keadaan.

"Jika mereka mengatakan saya tamak kerana ingin menggunakan khidmat ramai pereka fesyen hanya untuk sebuah acara cahaja. siapa yang pernah bekerja dengan saya, mereka akan tahu, setiap majlis anugerah, saya akan bertukar tiga pakaian," jelasnya.


- mD

Post a Comment

 
Top