0
 
 
Zahid menghantar rombongan keluarganya merisik kekasih hati, Sarah Julifa (baju putih). 
 
Dalam senyap senyap Zahid Baharudin atau Zahid AF2 sudah pun selamat masuk merisik kekasih hatinya, Sarah Julifa, 24. Menerusi laman rasmi ERA fm, Zahid berkata pada awalnya adat merisik ini hanya diketahui oleh pihak keluarga sahaja namun sekeping gambar yang dimuat naik ke Instagram menjadi perhatian peminat sekaligus menuntut penjelasan dari tuan punya badan.

Namun, Zahid masih merahsiakan tarikh sebenar perkahwinannya dan sekadar menyatakan Jun 2013 sebagai sasaran mahu memperisterikan Sarah Julifa. Menurut Zahid, Sarah Julifa sekepala dengan dirinya yang gila gila, selain pandai memasak dan membuat kek.

Kami doakan semoga hubungan pasangan kekasih ini berkekalan dan semoga mereka selamat ke jinjang pelamin.



- mD

Post a Comment

 
Top